Bicara Negara "Kedah-Pulau Pinang: Kemelut Dalam Penyelesaian" merupakan satu program di bawah Unit Sejarah, Jabatan Sains Sosial. Program ini adalah di bawah kursus MPU3122 Hubungan Etnik. Program ini telah melibatkan seramai 495 orang pelajar PISMP Ambilan Jun 2020. Penceramah Jemputan terdiri daripada Prof. Dr. Mohd Azizuddin bin Mohd Sami daripada UUM dan En. Mohd Kasturi Nor bin Abd Aziz daripada UNIMAP. Semua pelajar telah mendapat manfaat dan pencerahan tentang isu yang berlaku berkaitan Kedah-Pulau Pinang serta membantu mereka untuk memahami dengan lebih mendalam tentang Sejarah dan Perlembagaan Malaysia.

Bengkel Penghasilan Seramik telah diadakan di Pusat Kraftangan Cawangan Kedah, Jalan Hutan Kampung, Alor Setar pada 9, 16 dan 17 Julai 2023 anjuran Unit Pendidikan Seni Visual, Jabatan Sains Sosial. Seramai 25 orang pelajar PPISMP PSV Ambilan Jun 2022 bersama pensyarah PSV telah terlibat dalam menjayakan program ini. Melalui program ini, para pelajar telah didedahkan dengan tentang teknik dan cara pembuatan dalam menghasilkan produk kraf seramik. Diharapkan melalui aktiviti seperti ini, pelajar dapat memperkayakan ilmu pengetahuan mereka dan juga akan mengadakan jaringan lagi bersama Pusat Kraftangan pada masa akan datang.