IPGKDA - 12 APRIL 2021, Pensyarah IPGKDA telah menerima latihan berkaitan penggunaan LIGHTBOARD STUDIO sebagai menyokong dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran daripada pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)-Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Fasilitator dalam bengkel penggunaan Lightboard Studio ini terdiri daripada Dr. Mohamad Ezral Baharudin, Dr. Mohd Zakimi Zakaria, Dr. Azuwir Mohd Nor dan Dr. Mohd Sazli Saad. Peserta kursus bagi Siri 1 ini telah melibatkan pensyarah IPGKDA seramai 15 orang. Untuk pengetahuan, bengkel penggunaan Lightboard Studio Siri 2 pula akan menyusul dalam masa yang terdekat ini dan melibatkan pensyarah-pensyarah IPGKDA dari pelbagai jabatan.