Print
Category: Jabatan Bahasa Arab
Hits: 1815

Perlis – Tanggal 22-24 Disember 2020 Jabatan Bahasa Arab(JBA) telah melaksanakan satu bengkel penulisan buku panduan praktikum bidang Bahasa Arab bertempat di Timah Tasoh Lake View Resort, Perlis. Seramai 13 orang pensyarah JBA termasuk seorang pensyarah JPIM telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel ini telah Berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Fasilitator bengkel ini ialah Dr Amani binti Dahaman dan Abd Aziz bin Hassan@Yahya. Penyelaras bengkel ini ialah Ketua Unit Penerbitan JBA iaitu Mohammad Azizi bin Md Mukhtar.