Print
Category: Jabatan Bahasa Arab
Hits: 1853

IPG Perlis- Tarikh 10-12 Jan 2021 JBA telah mengadakan satu bengkel Pemurnian Penulisan Buku Panduan Praktikum Bidang Bahasa Arab bertempat di IPG Kampus Perlis Indra Kayangan. Bengkel ini adalah kesinambungan daripada bengkel yang telah diadakan di Timah Tasoh Lake View Resort. Semua pensyarah JBA seramai 12 orang telah memberi komitmen yang padu bagi menyiapkan buku panduan praktikum bidang Bahasa Arab untuk memberi kemudahan kepada pelajar Bahasa Arab atau pelajar Elektif untuk menjalankan praktikum. Buku ini dijangka akan di cetak pada akhir bulan Jan 2021. Bahan akan dikumpul dan akan di edit oleh team auditor yang diketuai oleh Abd Aziz bin Hassan @ Yahya. Penyelaras bengkel ini adalah ketua unit Penerbitan iaitu Mohammad Azizi bin Md Mukhtar.