Print
Category: Jabatan Ilmu Pendidikan
Hits: 2206

PENGENALAN

Jabatan llmu Pendidikan merupakan jabatan akademik yang menawarkan pelbagai kursus pengajian profesional bagi semua program pengajian yang ditawarkan di IPG Kampus Darulaman. Program-program yang terlibat meliputi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, peringkat Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan, Program Diploma Pendidikan dan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Selain itu, jabatan ini turut mentadbir urus prasekolah IPG Kampus Darulaman.

Penawaran kursus di jabatan ini merangkumi pelbagai disiplin ilmu pendidikan iaitu falsafah pendidikan, psikologi, pedagogi, sosiologi, pentaksiran, kepimpinan instruksional dan profesionalisme keguruan. Visi Jabatan llmu Pendidikan adalah untuk melahirkan guru kompeten dan berjiwa pendidik melalui pendidikan yang kontemporari dan dinamik. Jabatan ini juga menjadi penggerak bagi merealisasikan misi IPG sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan guru melalui pendidikan pengajian profesional yang berkualiti serta menepati keperluan transformasi pendidikan negara ke arah Masyarakat 5.0. Bagi mencapai visi dan misi tersebut, jabatan ini memberi fokus kepada pelaksanaan pembelajaran bermakna melalui sinergi persekitaran pembelajaran, pemanfaatan digital, rakan pembelajaran dan amalan pedagogi kontemporari. Warga pendidik di jabatan ini turut bergiat aktif dalam pelbagai penyelidikan dan pembentangan kertas kerja serta penerbitan artikel jumal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, kumpulan inovasi jabatan ini turut mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Usaha mewujudkan jaringan dengan sekolah serta agensi luar turut giat dijalankan.

 

Fungsi Jabatan