Print
Hits: 66

Sekretariat Jaminan Kualiti dan Pematuhan Polisi telah melaksanakan Taklimat Penyelarasan Audit Pematuhan SIRIM telah dilaksanakan pada 5 Mei 2025 (Isnin) pada 9:00 am - 1:00 pm bertempat di Bicara Ilmu, Pusat Sumber IPGKDA yang melibatkan semua Ketua Jabatan, Ketua Unit dan semua pensyarah serta pegawai pengurusan. Taklimat ini telah disampaikan oleh Dr. Ismail bin Yaacob sebagai Setiausaha Sekretariat Jaminan Kualiti dan Pematuhan Polisi berkaitan Pelaksanaan Audit Pematuhan SIRIM. Manakala Pn.Zuraida binti Ahmad selaku Penyelaras Standard Penarafan IPG telah menyampaikan taklimat berkaitan Audit Standard Penarafan IPG dan Dr. Mohd Zailani bin Ismail selaku Penyelaras Akreditasi IPGKDA telah memberi taklimat berkaitan Akreditasi Kerangka Kelayakan Malaysia. Harapan semoga kandungan taklimat yang disampaikan akan memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada semua peserta.