PROGRAM GERAKAN MEMBACA KPM TAHUN 2021
#IPGMEMBACA
HIMPUNAN SINOPSIS BUKU
PERINGKAT IPGKDA

Sukacita dimaklumkan bahawa IPGM KPM akan meneruskan Program Gerakan Membaca bagi tahun 2021. Program ini bertujuan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan warga IPG KPM. Sehubungan itu, pihak pengurusan IPGM telah bersetuju untuk meneruskan Program Himpunan Sinopsis Buku bagi tahun 2021. Oleh yang demikian semua warga IPGKDA dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 1 sinopsis buku kepada urusetia program. Sila e-mel sinopsis tersebut kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. menggunakan format docs word selewat-lewatnya pada atau sebelum 1 September 2021 untuk proses semakan. Setiap sinopsis juga boleh direkodkan dalam SPLKPM untuk dikira sebagai hari berkursus dan pengiraan mata kredit. Borang, panduan dan syarat-syarat penyediaan sinopsis buku boleh diakses melalui link berikut.

1. Borang Sinopsis Buku 2021
2. Syarat Sinopsis Buku