Selamat Hari Guru! 

Terima kasih kepada semua guru yang telah berusaha dengan sepenuh hati dalam mendidik dan membimbing kami. Pengorbanan dan kesabaran cikgu adalah sumber inspirasi bagi kami. Semoga hari ini membawa kebahagiaan sebesar sumbangan cikgu dalam pendidikan.

Pada tahun ini, tema Hari Guru ialah “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”. Tema ini mengandungi makna yang mendalam kerana guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga memastikan murid mempunyai sahsiah dan daya saing yang tinggi melalui pengajaran dan pembelajaran merentas kurikulum di sekolah1.

Mari hargai perjuangan para guru dan teruskan usaha untuk memperkukuh peradaban bangsa melalui pendidikan. Tahniah kepada semua guru! 

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN MEI 2024
 
Pengarah dan Timbalan Pengarah serta seluruh warga IPG Kampus Darulaman mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Mei 2024 buat seluruh mahasiswa IPG Kampus Darulaman.
Semoga mahasiswa sentiasa diberikan kelapangan hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi peperiksaan yang berlangsung.
Tanamkanlah usaha yang kuat, diselitkan dengan doa tanpa henti dan juga jangan lupa bertawakal kepadaNya semoga kejayaan milik bersama.
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ
(Surah Ali Imran : 159)
“Kemudian apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah”

SELAMAT BERANGKAT MENUNAIKAN HAJI KEPADA SEMUA DUYUFURRAHMAN YANG TERPILIH PADA TAHUN INI.
KAMI SEMUA WARGA IPG KAMPUS DARULAMAN MENDOAKAN SEMUA PENSYARAH YANG TERLIBAT MENDAPAT HAJI YANG MABRUR DAN DIBERKATI DENGAN KESIHATAN YANG BAIK SEPANJANG MUSIM HAJI.
SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI DAN PULANG DENGAN SELAMAT.

AMIN YA RABB!