JABATAN BAHASA
‘Bahasa Cerminan Budaya'

PENGENALAN

Jabatan Bahasa (JB) ialah jabatan yang bertanggungjawab terhadap Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman dalam hal yang berkaitan bidang bahasa, iaitu pendidikan, kurikulum dan kemahiran bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Jabatan ini terdiri daripada tiga unit, iaitu Unit Pengajian Inggeris (UPI), Unit Pendidikan Cina (UPC) dan Unit Pengajian Tamil (UPT). UPI diberi kepercayaan untuk mengendalikan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), UPC dan UPT mengendalikan Kursus Elektif Bahasa Cina dan Kursus Elektif Bahasa Tamil bagi pelajar PISMP yang mengambil kursus tersebut. Tenaga pengajar di Jabatan Bahasa sehingga kini terdiri daripada 12 orang pensyarah, iaitu enam orang pensyarah di Unit Pengajian Inggeris, empat orang pensyarah di Unit Pengajian Cina dan dua orang pensyarah di Unit Pengajian Tamil.

 


FUNGSI JABATAN


1. Merancang, melaksanakan program akademik Bahasa Inggeris bagi program PISMP untuk kursus
major dan merancang, melaksanakan program akademik Bahasa Cina dan Bahasa Tamil untuk
program PISMP mata pelajaran elektif


2. Membina, memeriksa dan membuat penilaian terhadap kertas peperiksaan, kerja kursus dan Kajian
Penyelidikan Pelajar


3. Membimbing pelajar dalam kerja kursus, peperiksaan, praktikum, aktiviti ekstra kokurikulum


4. Memberi bimbingan dan penilaian terhadap pelajar praktikum serta i
nternship


5. Memberi bimbingan dan sokongan dalam melaksanakan program ko-akademik dan akademik
kepada pelajar


6. Memupuk keyakinan dan kepemimpinan dalam kalangan pelajar bagi membina personaliti guru