PENGENALAN

Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dam Matematik (JSTEM) ditubuhkan pada tahun 2023 sebagai kelangsungan kepada pemantapan bidang STEM dari Jabatan Sains dan Matematik (JSM) yang sedia ada serta memenuhi kehendak penstrukturan semula IPG Kampus Darulaman (IPGKDA). JSTEM merupakan wahana IPGKDA untuk mengendalikan kursus elektif teras berkaitan bidang Sains, Matematik dan Reka Bentuk Teknologi (RBT) untuk Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). JSTEM terdiri daripada tiga unit, iaitu Unit Sains, Unit Matematik dan Unit RBT. Matlamat utama JSTEM adalah untuk melatih dan melahirkan insan guru berilmu, berkemahiran, kreatif, inovatif dan berwawasan dalam pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, teori pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran berkesan yang berkaitan dengan bidang Sains, Matematik dan RBT sekolah rendah. Dengan perkembangan dan kemajuan dunia yang semakin pesat, JSTEM perlu menyediakan diri untuk melahirkan insan guru yang benar-benar kompeten sesuai dengan keperluan Pendidikan Abad Ke-21 (PAK 21). JSTEM akan terus komited dalam membangunkan tahap profesionalisme dan budaya kerja cemerlang ahli-ahlinya.

 

FUNGSI JABATAN

  1. Melaksanakan pelan strategik jabatan sesuai dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
    2013 - 2025, Pelan Transformasi IPG 2016 - 2025 dan Pelan Strategik IPGK Darulaman
    2020 – 2025.
  2. Melaksanakan kurikulum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama empat tahun bagi subjek elektif.
  3. Melaksanakan kurikulum Lestari Alam Sekitar bagi semua ambilan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Pendidikan Khas.
  4. Melatih pelajar dalam Program Inovasi dan penyelidikan STEM.
  5. Membimbing dan membantu pelajar semasa praktikum dan menyempurnakan pentaksiran berterusan.
  6. Mengendalikan kursus berkaitan dengan STEM dalam Pendidikan yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Latihan  (UPL).
  7. Menguruskan kemudahan bagi lapan Makmal Sains, Makmal Matematik, Makmal RBT  serta Studio Sains.