Seramai 3 orang peserta JPIM akan mewakili IPGM KAMPUS DARULAMAN dalam Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran peringkat negeri Kedah pada 23-25 April 2024 bertempat di Hotel Raia, Alor Setar. Peserta-peserta tersebut ialah Sakinah binti Ramli, PISMP Ambilan Jun 2020 kategori 10 juzuk. Ahmad Abid bin Mohd Radzi, PPISMP Ambilan Jun 2023 kategori 30 juzuk. Nurul Husna binti Aziz , PISMP Ambilan Jun 2020 kategori 30 juzuk. Mohon doakan kejayaan mereka.

Bengkel Pengamalan Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPGKDA

Bengkel Pengamalan Penyelidikan dan Inovasi telah diadakan pada 24 dan 25 September 2023 di bilik Gunung Keriang, Gunung Jerai, Gurun, Kedah, anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Darulaman. Seramai 33 orang ahli jabatan telah terlibat. Para peserta telah didedahkan tentang penghasilan Inovasi PdP, penulisan dan penerbitan. Pembentang yang terlibat ialah Pn. Hjh Shabibah bt Shaufit Afandi, Dr. Afnan Faiz Ridzuan bin Ahmad dan Tn Hj Mohd Zakir bin Majid. Penutupan bengkel disempurnakan oleh Dr. Hj. Asri bin Md Saman @ Osman. Penyelaras bertugas ialah Mohd Radzi bin Lebai Mat dan Pn. Noor Ashikin bt  Ahmad. Tahniah semua.

 

Bengkel Pembinaan Soalan Pentaksiran Berterusan menerusi Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP/PLC)

Bengkel Pembinaan Soalan Pentaksiran Berterusan menerusi Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP/PLC) telah diadakan pada 19 Oktober 2023 di bilik Bestari 3, IPG Kampus Darulaman,  anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Darulaman. Seramai 33 orang ahli jabatan telah terlibat. Para peserta telah didedahkan tentang pembinaan soalan bagi Pentaksiran Berterusan mengikut format IPGM yang telah ditetapkan. Pembentang yang terlibat ialah Pn. Hjh. Fadzliyah binti Hashim dan  Pn. Hjh Shabibah bt Shaufit Afandi. Penyelaras bertugas ialah Dr. Ahmad Tamizi bin Abu dan Pn. Noor Ashikin binti Ahmad. Tahniah semua.

Mesyuarat Jabatan Pendidikan Islam dan Moral kali ke-3 telah diadakan pada 24 September 2023 di bilik Gunung Keriang, Gunung Jerai, Negeri Kedah, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Darulaman. Seramai 33 orang ahli jabatan telah terlibat dipengerusikan Ketua Jabatan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Dr. Hj Asri bin Md Saman@Osman. Para peserta telah didedahkan tentang pelaksanaan PdP semester Ogos-Disember 2023 (PISMP & PDPP, jadual waktu & praktikum PISMP). Penyelaras bertugas ialah Pn. Noor Ashikin bt  Ahmad. Tahniah semua.