- Details
- Written by Administrator
- Category: Jabatan Ilmu Pendidikan
- Hits: 1124
Perancangan Tahunan
Tarikh | Program/ Aktiviti | Kumpulan Sasaran & Bil. Peserta | Tempat | Pengerusi/ Perasmi |
16 Februari 2021 | Kursus Pendedahan SKPMg2 | 16 orang pensyarah JIP dan 117 orang pelajar PISMP Semester 8 | IPGKDA (Google Meet) | Saifudin Azam Shah bin Ahmad / Ketua Jabatan |
10-11 Mac 2021 | Bengkel Pemantapan e-Pembelajaran | 16 orang pensyarah JIP | BTPN Langkawi | Ooi Siew Tin / Ketua Jabatan |
18-20 Oktober 2021 | Bengkel Penulisan Penerbitan | 16 orang Pensyarah JIP |
BTPN Pulau Pinang |
Che Mas binti Saud / Ketua Jabatan |
- Details
- Written by Mohd Yusri Bin Mohamad Noor
- Category: Jabatan Ilmu Pendidikan
- Hits: 2373
PROFIL PENSYARAH
Foto | Nama | Jawatan | Kelulusan Akademik / ikhtisas | Bidang Kepakaran |
![]() |
Dr. Hjh Azizah binti Sarkowi | Ketua Jabatan |
Ijazah Kedoktoran (Pendidikan)Ijazah Sarjana Sains (Teknologi Ijazah Sarjana Muda TeknologiMaklumat (Kepujian) Diploma Pendidikan (Teknologi |
Pentaksiran Dalam Penilaian dan |
![]() |
Dr. Mahaya binti Salleh | Ketua Unit |
Ijazah Kedoktoran (Psikometrik dan Penilaian Pendidikan) Ijazah Sarjana Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Diploma Pendidikan (Bahasa Melayu / Geografi) Diploma Sebaran Am Setaraf Ijazah Sarjana Muda |
Pentaksiran Dalam Pendidikan Penilaian dan Pengukuran dalam Pendidikan |
![]() |
Dr. Mashira binti Yahaya | Ketua Unit / Pensyarah Cemerlang |
Ijazah Kedoktoran (Psikologi Ijazah Sarjana Sains Bachelor of Economic (Public |
Psikologi Pendidikan |
![]() |
Dr. Zakaria bin Mohd Arif | Ketua Unit |
Ijazah Kedoktoran (Pendidikan) Ijazah Sarjana Sains Psikologi Ijazah Sarjana Muda Diploma Pendidikan Akaun / Diploma Pengajian Al Quran |
Psikologi Pendidikan |
![]() |
Suhailah binti Shariff | Ketua Unit |
Ijazah Sarjana Sains Ijazah Sarjana Muda |
Pedagogi |
![]() |
Mohd Yusri bin Mohamad Noor | Setiausaha |
Ijazah Sarjana Pendidikan Ijazah Sarjana Muda |
Pentaksiran dalam Psikologi Pendidikan |
![]() |
Dr. Ahmad Sobri Shuib | Pensyarah Akademik |
Doktor Falsafah Ph.D (UM) Perkembangan Kurikulum Ijazah Sarjana Pendidikan (UM) Perkembangan Kurikulum Ijazah Sarjana Muda Hons (USM) Kesusasteraan / Sejarah Sijil Perguruan Asas (MP Sri Pinang, PP) |
Kurikulum & Pengajaran Kurikulum Masa Depan Kurikulum dan Teknologi Kajian Masa Depan Pedagogi & Psikologi |
![]() |
Che Mas binti Saud | Pensyarah Akademik |
Ijazah Sarjana Sains Ijazah Sarjana Muda Sains Sijil Perguruan Asas |
Pedagogi Sosiologi |
![]() |
Baskaran a/l Subramaniam | Pensyarah Akademik |
Ijazah Sarjana Sains Ijazah Sarjana Muda Dengan Diploma Pendidikan Sejarah |
Psikologi Pendidikan |
![]() |
Saifudin Azam Shah bin Ahmad | Pensyarah Akademik |
Ijazah Sarjana Sains Ijazah Sarjana Muda Dengan |
Pedagogi Psikologi dan Ilmu Pembinaan Modul Pembinaan Standart Koloborasi dan |
![]() |
Zakirah Imana Ho binti Abdullah |
Pensyarah Akademik |
Ijazah Sarjana Pentadbiran Ijazah Sarjana Muda Diploma Pendidikan |
Pedagogi Unit Beruniform |
![]() |
Ooi Siew Tin |
Pensyarah
|
Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan) Ijazah Sarjana Muda Sijil Perguruan TESL |
Asas Kepimpinan Geografi |
![]() |
Asbullah bin Basri |
Pensyarah |
Ijazah Sarjana Kepimpinan Ijazah Sarjana Muda Sijil Perguruan Pendidikan |
Pedagogi |
![]() |
Rohana binti Osman |
Pensyarah Akademik |
Ijazah Sarjana Kesusasteraan Ijazah Sarjana Muda Sejarah Kursus Perguruan Asas tiga |
Perkembangan Kanak-kanak |
![]() |
Dr Nazri bin Halim |
Pensyarah |
Ijazah Kedoktoran (Psikologi Ijazah Sarjana Sains Ijazah Sarjana Muda Pengajian |
Psikologi Pendidikan |
Furiza binti Yahya |
Guru Prasekolah |
Ijazah Sarjana Psikologi Ijazah Sarjana Muda Diploma Pendidikan Prasekolah |
Prasekolah |
- Details
- Written by Mohd Yusri Bin Mohamad Noor
- Category: Jabatan Ilmu Pendidikan
- Hits: 1432
PENGENALAN
Perubahan struktur baharu di peringkat IPGM telah meletakkan Jabatan llmu Pendidikan di bawah Pusat Kecemerlangan Akademik dan secara spesifiknya berada di bawah Jabatan Pendidikan Holistik. Jabatan llmu Pendidikan merupakan jabatan yang mengendalikan kursus pengajian profesional bagi semua program pengajian yang ditawarkan di IPG Kampus Darulaman. Kursus yang ditawarkan meliputi tujuh kursus di peringkat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, lima kursus di peringkat Program Diploma Perguruan pascaijazah dan satu kursus di peringkat Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Selain itu, jabatan ini turut dipertanggungjawabkan mentadbir urus prasekolah IPG Kampus Darulaman. Visi Jabatan llmu Pendidikan adalah untuk melahirkan guru yang dapat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan profesionalisme keguruan yang terbaik dan berdaya saing. Jabatan ini juga berusaha untuk merealisasikan misi untuk memberi pendidikan pengajian profesional yang berkualiti serta menepati keperluan transformasi pendidikan negara ke arah era Revolusi Industri 4.0. Justeru, pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjurus kepada pembelajaran bermakna melalui reka bentuk model pengajaran pensyarah dan model pembelajaran pelajar. Model-model ini mampu memandu pensyarah dan pelajar untuk melaksanakan elemen 6C iaitu komunikasi, kreativiti, pemikiran kritis, kolaboratif, kewarganegaraan dan sahsiah serta diikuti oleh unsur pemanfaatan digital bagi setiap elemen. Hal ini untuk memastikan kursus-kursus yang ditawarkan kekal relevan dengan perkembangan transformasi pendidikan semasa. Pensyarah-pensyarah di jabatan ini juga turut bergiat aktif dalam penyelidikan dan pembentangan kertas kerja serta penerbitan artikel jumal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, kumpulan inovasi jabatan ini turut mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Usaha mewujudkan jaringan dengan sekolah serta agensi luar turut giat dijalankan supaya IPG khususnya kursus llmu Pendidikan kekal relevan.
Fungsi Jabatan
- Melaksanakan pelan strategik jabatan selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025, Pelan Transformasi Institut Pendidikan Guru 2016 - 2015 dan Pelan Strategik IPG KDA 2020 – 2022.
- Meningkatkan profesionalisme pensyarah di Jabatan llmu Pendidikan dalam pelbagai bidang kepakaran, antaranya falsafah pendidikan, pedagogi, pentaksiran, psikologi pendidikan, dan kepimpinan instruksional melalui penyelidikan, penerbitan dan inovasi.
- Melahirkan modal insan guru yang kompeten dalam mempraktikkan pelbagai disiplin ilmu pendidikan selari dengan transformasi pendidikan negara.
- Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan bagi memenuhi Hasil Pembelajaran Kursus dan Objektif Pendidikan Program bagi kursus-kursus pengajian profesional yang dikendalikan oleh jabatan ini.
- Membudayakan perkongsian amalan melalui komuniti pembelajaran profesional (PLC) untuk memastikan perkembangan profesionalisme pensyarah seiring dengan transformasi pendidikan pada abad ke-21.
- Mengurus pelaksanaan Prasekolah IPG Kampus Darulaman yang merupakan sebuah prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai sebuah teaching school IPGKDA