JABATAN SAINS SOSIAL
“Melahirkan Generasi  Berpengetahuan Dan Kreatif”

Jabatan Sains Sosial (JSS) mengendalikan kursus berkaitan dengan kurikulum kursus seperti Pendidikan Sejarah Sekolah Rendah, Pendidikan Seni Visual (PSV),  Pengajian Sosial dan Pendidikan Muzik bagi Program Persediaan Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Kursus-kursus yang ditawarkan ialah kursus major, elektif teras dan juga elektif terbuka. Matlamat utama JSS adalah bertanggungjawab untuk melahirkan guru yang berkualiti, berilmu, berkemahiran, kreatif, inovatif dan berwawasan dalam pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, teori pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yang berkaitan bidang kurikulum yang dikendalikan.
 
Kursus-kursus yang ditawarkan di Jabatan Sains Sosial mendapat pengiktirafan selaras dengan keperluan MQA (Malaysian Qualification Agency) serta standard EOMS-IPG-KPM yang terkini. JSS juga turut mempunyai tenaga pakar dalam bidang Sejarah, Pendidikan Seni Visual dan Muzik, yang mana kepakaran ini telah banyak dirujuk oleh pihak luar sama ada dalam bentuk konsultasi bidang, pembinaan modul program, pembinaan Maklumat Kursus (MK), fasilitator penyelidikan (Sarjana dan Doktor Falsafah) dan lain-lain lagi. Selain itu JSS juga mempunyai kepakaran pensyarah P1 dalam bidang Pendidikan Seni Visual yang juga menjadi pakar rujuk dalam bidang berkenaan.  Setiap unit dalam JSS seperti Unit Sejarah, PSV dan Muzik berkemampuan untuk memberi kursus-kursus elektif teras dan elektif terbuka serta bimbingan secara tutorial dan amali dari segi teknikal dalam permainan alat muzik. Manakala Unit Pengajian Sosial mampu mengendalikan kursus-kursus generik. Jabatan Sains Sosial berhasrat melahirkan pendidik guru yang berpandangan positif dan progresif berpengetahuan tinggi, kreatif, inovatif dan sahsiah diri yang berkualiti. Jabatan Sains Sosial juga telah mencatatkan beberapa pencapaian cemerlang sama ada di peringkat institut, negeri, kebangsaan dan antarabangsa melalui penglibatan pelajar dan pensyarah, kumpulan inovasi dan penyelidikan pensyarah serta pembentangan kerja yang dijalankan setiapkan tahun. Pencapaian ini telah meletakan JSS setanding dengan jabatan lain di IPG Kampus Darulaman yang mana setiap jabatan meletakan penyelidikan dan inovasi sebagai satu amalan dalam pedagogi pendidikan.