Pengenalan

Unit Khidmat Pengurusan , IPG Kampus Darulaman ialah unit yang menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Perjawatan, Pentadbiran, Perkhidmatan dan Kewangan institut. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit dengan dibantu oleh Pegawai Eksekutif Kanan yang bertanggungjawab secara langsung terhadap pengurusan dan pentadbiran Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). Terdapat empat unit utama di bawah Unit Khidmat Pengurusan iaitu Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan yang diketuai oleh Pegawai Eksekutif Kanan, Unit Kewangan Dan Akaun yang diketuai oleh Penolong Akauntan, Unit Pengurusan Fasiliti yang diketuai oleh Ketua Penolong Jurutera dan Unit Teknologi Maklumat yang diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat.

Visi 

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti serta prihatin terhadap keperluan dan kepuasan pelanggan

Misi

Mewujudkan perkhidmatan yang berkualiti berteraskan budaya mesra, kerja berpasukan dan profesionalisme ke arah kepuasan pelanggan

Fungsi Unit

i) Mengurus pelaksanaan dasar kerajaan, Kementerian Pendidikan dan Institut Pendidikan Guru Malaysia
ii) Memastikan pengurusan pentadbiran dan pelaksanaan tugas-tugas pegawai dan staf mengikut Arahan Perkhidmatan dan Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan yang dikeluarkan dari masa ke masa
iii) Mengurus urusan perjawatan dan perkhidmatan pensyarah dan staf seperti pengesahan jawatan, buku perkhidmatan kerajaan, cuti, pertukaran, pergerakan gaji, pemangkuan, kenaikan pangkat, tindakan tata tertib, lawatan keluar negara, pengisytiharan harta, persaraan dan lain-lain
iv) Menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) setiap tahun serta mengurus , mengawal dan menyediakan laporan perbelanjaan kewangan Institut berpandukan Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling Kewangan yang berkuatkuasa
v) Merancang, melaksana dan memantau kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan Institut selaras dengan spesifikasi kerja yang ditentukan
vi) Menyediakan satu kemudahan kepada semua staf berkaitan dengan teknologi maklumat