PENGENALAN

Unit Praktikum diwujudkan bagi memperkukuhkan amalan profesional perguruan yang merupakan agenda penting institusi.  Hal ini sejajar dengan visi dan misi IPGM iaitu, untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. Sehubungan dengan itu, Pelan Strategik Transformasi IPG melalui Transformasi IPG telah dilaksanakan bagi mencapai hasrat ini. Melalui Pelan Strategik Transformasi ini, pemantapan amalan profesional telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran latihan guru di setiap IPG kampus. Pemantapan amalan profesional ini merangkumi tiga komponen iaitu, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), praktikum dan internship. Selain itu, unit ini senantiasa berusaha untuk mengukuhkan hubungan kolaborasi antara IPG dengan institusi luar terutamanya sekolah serta institusi akademik.  Perbincangan dua hala serta perkongsian maklumat bertujuan memantapkan konteks pengajaran dan pembelajaran dalam amalan profesional.

FUNGSI UNIT  

2.1 Melaksanakan dasar Amalan Profesional yang ditetapkan oleh IPGM.

2.2 Merancang dan mengenal pasti penempatan pelajar bagi PBS, praktikum dan Internship.

2.3 Memaklumkan penempatan PBS, praktikum dan Internship kepada JPN dan sekolah-sekolah yang terlibat.

2.4 Merancang dan menguruskan maklumat dan taklimat pengurusan amalan profesional kepada pelajar,pensyarah penyelia dan guru pembimbing.

2.5 Mengurus surat pelantikan pensyarah penyelia praktikum dan guru pembimbing.

2.6 Memastikan pelajar hadir menjalani praktikum mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

2.7 Mengurus pengumpulan dan penyimpanan dokumen dan rekod praktikum.

2.8 Mengurus dan membentangkan keputusan praktikum untuk disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk Amalan Profesionalisme Institut Pendidikan Guru (JKIAPIPG).

2.9 Menganjurkan forum, bengkel dan seminar Amalan Profesional berfokuskan kepada Transformasi Praktikum.