PENGENALAN

Jabatan llmu Pendidikan merupakan jabatan akademik yang menawarkan pelbagai kursus pengajian profesional
bagi semua program pengajian yang ditawarkan di IPG Kampus Darulaman. Program-program yang terlibat
meliputi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, peringkat Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan,
Program Diploma Pendidikan dan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Selain itu, jabatan ini
turut mentadbir urus prasekolah IPG Kampus Darulaman. Penawaran kursus di jabatan ini merangkumi pelbagai
disiplin ilmu pendidikan iaitu falsafah pendidikan, psikologi, pedagogi, sosiologi, pentaksiran, kepimpinan
instruksional dan profesionalisme keguruan. Visi Jabatan llmu Pendidikan adalah untuk melahirkan guru
kompeten dan berjiwa pendidik melalui pendidikan yang kontemporari dan dinamik. Jabatan ini juga menjadi
penggerak bagi merealisasikan misi IPG sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan guru melalui pendidikan
pengajian profesional yang berkualiti serta menepati keperluan transformasi pendidikan negara ke arah
Masyarakat 5.0. Bagi mencapai visi dan misi tersebut, jabatan ini memberi fokus kepada pelaksanaan
pembelajaran bermakna melalui sinergi persekitaran pembelajaran, pemanfaatan digital, rakan pembelajaran dan
amalan pedagogi kontemporari. Warga pendidik di jabatan ini turut bergiat aktif dalam pelbagai penyelidikan dan
pembentangan kertas kerja serta penerbitan artikel jumal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu,
kumpulan inovasi jabatan ini turut mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Usaha mewujudkan jaringan dengan sekolah serta agensi luar turut giat dijalankan.

 

Fungsi Jabatan

  • Melaksanakan pelan strategik yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 – 2025,
    Pelan Transformasi Institut Pendidikan Guru 2016 - 2025 dan Pelan Strategik IPGKDA 2020 – 2025.
  • Melaksanakan kurikulum Institut Pendidikan Guru secara sistematik dan berkesan mengikut keperluan
    Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (IPG KPM) dan selaras dengan keperluan
    Malaysian Qualifications Framework (MQF).
  • Melaksanakan aktiviti dan program bagi melahirkan modal insan guru yang kompeten dalam pelbagai
    disiplin ilmu pendidikan bagi mencapai Hasil Pembelajaran Kursus dan Objektif Program Pendidikan.
  • Meningkatkan pembangunan profesionalisme pensyarah dalam pelbagai bidang kepakaran, antaranya
    falsafah pendidikan, pedagogi, pentaksiran, psikologi, sosiologi, dan kepimpinan instruksional melalui
    perkongsian pintar, penyelidikan, penerbitan dan inovasi.
  • Mengurus pelaksanaan Prasekolah IPG Kampus Darulaman yang merupakan sebuah prasekolah
    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai sebuah teaching school IPGKDA.