Kami warga Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan ini bertekad, beriltizam, berikrar dan berjanji memberi perkhidmatan berkualiti untuk:

1. Memastikan semua program ijazah mendapat akreditasi daripada MQA serta badan-badan profesional.

2. Memastikan kurikulum pra perkhidmatan disediakan dengan lengkap satu (1) bulan sebelum pelaksanaan program.

3. Memastikan 100% pelajar baharu memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan.

4. Memastikan guru baharu lulusan IPG memenuhi 92% kriteria kepuasan pelanggan.

5. Menawarkan latihan kepada guru dalam perkhidmatan mengikut keperluan organisasi.

6. Memastikan keputusan peperiksaan akhir dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas diperakui oleh Senat.

7. Memastikan penganugerahan Ijazah dan Diploma kepada lulusan dilaksanakan dalam tempoh satu (1) tahun selepas keputusan peperiksaan akhir diumumkan.

8. Menyediakan perkhidmatan sokongan pengurusan dan teknologi maklumat.