Bengkel kerja Pendedahan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Siri 2 melibatkan 39 orang pelajar yang mengambil kursus PKBK3262 Rancangan Pendidikan Individu  dan pensyarah kursus, Cik Norshafiqah bt Ahmad telah berlangsung di SK Sultan Ahmad Tajuddin, SK Padang Pekan, SK Tunjang dan SK Kodiang pada 19 September 2023 (Selasa) untuk memberi pengalaman secara langsung kepada pelajar  meneliti proses pengendalian RPI di lapangan sebenar sebelum mereka melangkah ke sekolah. Pihak Jabatan Pendidikan Khas IPGKDA mengucapkan ribuan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang terlibat atas kerjasama mereka menjayakan bengkel ini.

 

Bengkel Kerja Pendedahan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Siri 1 anjuran Jabatan Pendidikan Khas IPG Kampus Darulaman  telah dikenalikan pada 13 September 2023 bertempat di Anjung Bestari Pusat Sumber IPGKDA. Program ini melibatkan 113 orang pelajar major  Pendidikan Khas termasuk 8 orang pelajar elektif pendidikan khas. 

Bangkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengoperasian RPI, amalan pelaksanaan RPI di sekolah dan organisasi kerajaan. Pendedahan pengoperasian RPI ini telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah merangkap Jurulatih Kebangsaan (RPI) iaitu Puan Morni Bt Mohamad.

Seminar Pembentangan Kertas Cadangan Penyelidikan dalam Pendiidkan anjuran Jabatan Pendidikan Khas telah diadakan pada 19 – 22 Mac 2023 di Pusat Sumber IPG Kampus Darulaman melibatkan seramai 50 orang pelajar PISMP ambilan Jun 2020 dan 13 orang panel dari Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Ilmu Pendidikan dan Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi. Seminar pembentangan ini diadakan bagi memenuhi pra syarat bagi Kursus Asas Penyelidikan Dalam Pendidikan (PKUK 3143). Tahniah kepada semua para pembentang kerana berjaya melaksanakan pembentangan kajian mereka. Ribuan terima kasih juga diucapkan oleh semua panel yang terlibat melancarkan seminar ini.

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Autisme Sedunia anjuran Jabatan Pendidikan Khas IPG Kampus Darulaman telah diadakan pada 06 April 2023 di Pusat Sumber IPG Kampus Darulaman. Semua pelajar Jabatan Pendidikan Khas termasuklah pelajar elektif dan semua pensyarah JPK terlibat dalam menjayakan Majlis ini. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran warga kampus tentang individu Autisme di sekeliling kita.  Terdapat pameran dan skrin tayangan untuk pengunjung Pusat Sumber mendapat Info penting tentang Autisme. Majlis perasmian ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Darulaman, Dr. Wan Fazdli bin Wan Haron. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua Jawatankuasa yang terlibat bagi menjayakan majlis ini.

 

Program Pengurusan Individu Berkeperluan Khas telah diadakan di Persatuan Bantuan Pendidikan Kanak-Kanak Khas Pusat Pendidikan (PEKAKA), Sungai Petani, Kedah pada 1 Mac 2023 bagi memenuhi kehendak kursus PKUK1114 Murid berkeperluan Khas: Kurang Upaya Intelektual, Kurang Upaya Fizikal dan Masalah Kesihatan. Program ini disertai oleh 8 orang pelajar PPISMP Sem. 2 Tahun 1 amb. Jun 2022 dan seorang guru pengiring dari Jabatan Pendidikan Khas, IPGKDA. Pelajar telah dibawa melawat ke bengkel membuat roti dan kek untuk menyaksikan remaja berkeperluan khas menyediakan roti dan kek yang ditempah oleh pembeli. Penerangan berkaitan cara mengoperasikan bakeri dilakukan sepenuhnya oleh remaja berkeperluan khas yang mendapat latihan di PEKAKA. Selain itu, lawatan turut dibuat ke Pusat Jagaan PEKAKA untuk melihat proses pengendalian pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan pada kanak-kanak kecil yang berkeperluan khas. Terima kasih kepada pihak PEKAKA Sungai Petani atas kerjasama yang diberi bagi menjayakan program ini.