PENGENALAN

Unit Peperiksaan dan Penilaian (UPP) diberi tugas dan tanggungjawab sebagai penggerak Pengurusan Peperiksaan (IPG KPM-EOMS-PT-05) dalam memenuhi peranannya yang tersendiri. Kesemua bidang tugas bagi urusan pentaksiran pelajar dan pengurusan peperiksaan ini ditadbir mengikut ketetapan yang telah termaktub dalam prosedur teras IPGM. Pengendalian urusan yang berkaitan dengan pengurusan peperiksaan, pentaksiran dan penilaian dilaksanakan ke atas para pelajar bagi semua program di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Setelah pelajar melengkapkan semua bentuk pentaksiran kerja kursus dan peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan, pemprosesan data peperiksaan dilaksanakan. Keputusan peperiksaan yang diproses oleh UPP dilaporkan kepada Jawatankuasa Peperiksaan dan Penilaian Institut Pendidikan Guru (JKPPIPG) dan SENAT. Setelah keputusan peperiksaan ini disahkan, keputusan tersebut akan dipamerkan secara dalam talian melalui iTEMS untuk diakses oleh para pelajar. Kesempurnaan tugas dan tanggungjawab UPP bagi memenuhi keperluan, kepentingan dan kepuasan pelanggan utama, iaitu para pelajar IPGKDA tidak mungkin dapat dicapai tanpa kerjasama dengan semua pihak termasuk Jabatan Kecemerlangan Akademik, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, jabatan-jabatan akademik dan Unit Praktikum. UPP juga bertindak sebagai urus setia di peringkat IPGM dalam mengurus konvokesyen bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP). Peranan dan amanat yang dilaksanakan ini demi mencapai Tranformasi IPG pada Kluster 6 khasnya, iaitu Peningkatan Kualiti Pelajar agar IPGM dapat melahirkan guru berkualiti tinggi bergerak sejajar mencapai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Pembentukan guru berkualiti amat penting dalam pembentukan generasi masa depan agar mereka menjadi warganegara yang berfungsi dalam menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara kita Malaysia yang tercinta.


FUNGSI UNIT

1 Merancang, menyedia dan menyelaras aspek berkaitan pentaksiran, penilaian dan peperiksaan seperti Peperiksaan Bertulis, Pemeriksaan Skrip Jawapan Peperiksaan dan Pemprosesan Keputusan Peperiksaan
2 Menguruskan pendaftaran kursus untuk semua program yang dilaksanakan dalam iTEMS. Seterusnya menyemak dan mengesahkan pendaftaran kursus oleh pelajar
3 Menguruskan BPBP, iaitu Borang Pentaksiran Berterusan dan Peperiksaan dalam talian untuk proses kemasukan markah kerja kursus dan peperiksaan yang diperoleh oleh pelajar setelah dimuktamadkan oleh pensyarah
4 Merancang dan melaksanakan mesyuarat penggubalan/ penyemakan semula Jadual Spesifikasi Ujian mengikut keperluan, jadual kerja penggubalan draf item dan skema pemarkahan peringkat IPG kampus
5 Mengadakan taklimat arahan dan peraturan berkaitan peperiksaan kepada semua calon dan ketua pengawas peperiksaan
6 Memastikan proses pengawasan, penyeliaan dan pemantauan peperiksaan dikendalikan mengikut panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh IPGM
7 Menerima, merekod dan menyimpan semua dokumen atau borang yang berkaitan dengan penilaian dan peperiksaan
8 Menjadi urus setia mesyuarat JKPPIPG Menyediakan laporan dan analisis keputusan peperiksaan untuk dibentangkan dalam JKPPIPG.
9 Menyedia dan mengedar secara atas talian semua keputusan peperiksaan yang telah disahkan oleh JKPPIPG dan SENAT
10 Menyimpan rekod keputusan dan salinan sijil/diploma/ijazah perguruan
11 Mengurus dan mentadbir konvokesyen bagi program sepenuh masa, iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan program separuh masa.
12 Menyediakan dokumen-dokumen berkaitan penilaian dan peperiksaan untuk proses pengauditan, akreditasi program dan pemeriksaan luar.

 

PENYELARAS KONVOKESYEN

1 Menguruskan sijil dan transkrip bagi pelajar program sepenuh masa dan separuh masa yang bakal berkonvokesyen
2 Mengedarkan sijil dan transkrip bagi pelajar program sepenuh masa dan separuh masa yang selesai berkonvokesyen atau seperti diarahkan oleh IPGM
3 Melaksanakan tugas-tugas sebagai jawatankuasa konvokesyen IPGM dalam Majlis Konvokesyen IPGM