MOTO : "Kokurikulum Unggul Menjana Siswa Guru Cemerlang"

Unit Kokurikulum (UKoKu) menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kokurikulum pelajar. Semua pelajar diwajibkan mengambil kursus dalam pelbagai komponen, iaitu Pengurusan Kokurikulum, Permainan, Unit Beruniform, Olahraga, Persatuan dan Program Bina Insan Guru (BIG) di mana pelajar wajib lulus semua komponen kursus yang telah ditetapkan. Pelajar dihasratkan akan menguasai 4K, iaitu Kemahiran dalam bidang Kepegawaian dan kepimpinan, Kepengelolaan, pengurusan dan kejurulatihan.   

 

FUNGSI UNIT :

  1. Memastikan aktiviti kokurikulum dijalankan dan dilaksanakan berpandukan perancangan dan kurikulum
  2. Mengedarkan surat perlantikan serta spesifikasi tugas Setiausaha Kokurikulum, Penyelaras, Ketua Penyelaras Penasihat dan Pensyarah Penasihat
  3. Mengedarkan Borang Pemilihan Kokurikulum kepada pelajar baru untuk dilengkapi
  4. Membolehkan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran dalam semua bidang kokurikulum (Persatuan, Sukan dan Unit Beruniform)
  5. Menguasai kemahiran pengurusan dan kepimpinan untuk membolehkan pelajar merancang, mengurus dan melaksanakan semua aktiviti kokurikulum di sekolah
  6. Membentuk sahsiah bersepadu melalui penghayatan nilai-nilai murni, amalan demokratik, berdisiplin, taat, bersikap positif, toleransi dan patriotisme
  7. Mewujudkan sifat kepimpinan dan membina daya pemikiran yang tajam, inovatif, kreatif dan daya tahan dalam menghadapi tugas
  8. Melahirkan dan mengembangkan bakat, potensi dan kepimpinan pelajar dalam kegiatan sosial, kebudayaan dan khidmat masyarakat yang boleh membantu ke arah mencapai matlamat intergrasi perpaduan negara dan masyarakat penyayang
  9. Membuat pemantauan terhadap perlaksanaan aktiviti kokurikulum yang dikendalikan oleh pensyarah penasihat sekurang-kurangnya sekali dalam satu semester
  10. Memantau dan memastikan pensyarah dan pelajar melaksanakan aktiviti dengan jayanya
  11. Memantau dan memastikan padang, gelanggang dan peralatan sempurna dan selamat untuk digunakan