1.0 Pengenalan


Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA) diwujudkan di IPGK berdasarkan surat punca kuasa KPM.100-6/1/8 JLD.2 (7) bertarikh 5 November 2018 dengan menaik taraf jawatan Setiausaha Akademik (SUA) sebagai Ketua Jabatan JKA kerana keperluan perkhidmatan disebabkan pertambahan dan kompleksiti tugas serta tanggungjawab sedia ada SUA. JKA berperanan membantu Pusat Kecemerlangan Akademik (PKA) IPGM melaksanakan fungsinya dalam hal yang berkaitan akademik dengan lebih berkesan. Penurunan tiga fungsi PKA menjadikan IPGK sebagai Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang berautonomi dan bertanggungjawab memastikan perancangan, pengurusan dan pelaksanaan akademik dijalankan dengan lancar dan berkesan bagi memenuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) dan keperluan Prosedur ISO 9001:2008.

Tiga fungsi PKA yang diserahkan kepada IPGK adalah seperti berikut:


i. Merancang dan menggubal kurikulum latihan perguruan kursus praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan
   mengikut prosedur kualiti yang ditetapkan.
ii. Merancang, menyebarkan dan mengorientasikan pelaksanaan kurikulum latihan perguruan.
iii. Merancang dan menghasilkan bahan-bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran kursus praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan mengikut prosedur kualiti yang ditetapkan.


JKA IPGKDA akan menjalankan fungsinya berpandukan Manual Kerja JKA yang sedang berkuatkuasa melalui lima unit utama iaitu Unit Pengurusan Akademik, Unit Penambahbaikan Berterusan Akademik, Unit Program Pengajian Akademik, Unit Pengembangan Profesionalisme Akademik dan Unit Pembelajaran Digital yang mengurus dan menyelaras tugas PT-03 Rekabentuk dan Penyampaian Kurikulum. Mulai 2023 juga, JKA turut dipertanggungjawabkan dengan tugas pentaksiran di bawah prosedur teras sistem kualiti PT-04 Pentaksiran Pelajar yang sebelum ini dikendalikan oleh Unit Peperiksaan dan Penilaian (UPP). Oleh itu Penyelaras Pentaksiran Berterusan (PPB) dan Penyelaras Penggubal Soalan (PPS) akan melaksanakan fungsinya berpandukan Manual Kerja PPB dan PPS di JKA supaya proses pentaksiran yang merupakan sebahagian daripada komponen akademik akan bergerak seiringan dalam satu kitaran kerja dalam jabatan yang sama.

2.0 Fungsi Jabatan


2.1. Pengurusan Akademik


i. Memantau semua aktiviti pengurusan akademik institut berdasarkan garis panduan IPGM, prosedur ISO 21001: 2018         EOMS dan MQA yang sedang berkuat kuasa
ii. Memantau dan menyelia semua aktiviti unit di JKA
iii. Memantau pengurusan proses reka bentuk dan penyampaian kurikulum
iv. Memantau pengurusan sistem pembelajaran digital
v. Memantau penyediaan dan pelaksanaan Jadual Waktu

2.2. Penambahbaikan Berterusan Akademik


i. Memantau perancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pentaksiran berterusan serta
keselarasannya dengan Ringkasan Maklumat Kursus (RMK)/ Maklumat Kursus (MK).
ii. Memantau pelaksanaan pentaksiran yang dijalankan mengikut keperluan IPGM dan IPGK dan
berdasarkan kursus yang ditawarkan dalam setiap program pendidikan guru.
iii. Memantau tindakan terhadap hasil refleksi praktikum pelajar serta pelaksanaan praktikum bertema.
iv. Memantau pelaksanaan pemantauan penyampaian kurikulum
v. Memastikan pelaksanaan dan pelaporan penambahbaikan berterusan (Closing the Loop) bagi
program/ kursus yang ditawarkan
vi. Memantau dan menyelia kemajuan prestasi pelajar

2.3. Program Pengajian Akademik


i. Memantau pelaksanaan semua kursus dalam semua program.
ii. Memantau penyampaian taklimat program pengajian akademik kepada pelajar baharu.
iii. Memantau penyebaran pindaan atau penambahbaikan dalam struktur program terkini.
iv. Memastikan penyebaran maklumat terkini tentang perkembangan program pengajian akademik.

2.4. Pengembangan Profesionalisme Akademik


i. Memantau pelaksanaan semua aktiviti unit secara bersepadu untuk meningkatkan kualiti dan
   profesionalisme akademik pensyarah dan pelajar.
ii. Memantau pembudayaan amalan pedagogi masa kini di institut.
iii. Memantau pelaksanaan program peningkatan kompetensi pensyarah bagi meningkatkan
    profesionalisme pensyarah.

2.5. Pembelajaran Digital


i. Memantau perancangan dan reka bentuk pembelajaran digital untuk menyokong pelaksanaan
   kurikulum, pembelajaran teradun dan pentaksiran dalam talian di IPGK.
ii. Memantau pengurusan dan penyelarasan pelaksanaan pembelajaran digital latihan guru di IPGK.
iii. Memantau keberkesanan pengurusan pelaksanaan pembelajaran digital latihan guru di IPGK.
iv. Memantau rangka tindak susul untuk penambahbaikan dalam pengurusan pelaksanaan pembelajaran
    digital latihan guru di IPGK.
v. Memantau penilaian pelaksanaan pembelajaran digital latihan guru di IPGK.
vi. Memantau aktiviti khidmat sokongan berkaitan pembelajaran digital di IPGK.