IPGKDA – (4-7) APRIL 2021, Jabatan Sains dan Matematik telah melancarkan Minggu STEM sebagai menyokong aktiviti Minggu Sains Negara 2021. Program dirancang dengan melibatkan pensyarah dalam pelbagai disiplin mata pelajaran untuk mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran dalam  amalan terbaik STEM seperti Integrasi disiplin sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik, membina dan mereka cipta produk berasaskan prinsip rentas disiplin STEM dan pemikiran computational, menjajarkan aktiviti STEM dan “Big idea’ DSKP mengikut konsep PoPBL. Fasilitator yang terlibat dalam bengkel kerja ini adalah Dr. Hjh Amani binti Abdullah Mubarak, Tn Hj. Dzulfadzli bin Othman, Dr. Hashiroh binti Hussain, Pn. Hjh Saruvari binti Badru Duja Khan, Dr. Rusmawati binti Othman, En. Tajul Ashikin bin Hashim, En. Mohd Sahafudin bin Zakaria dan Ts. Dr. Aizul Fared bin Mansor.

Program diteruskan dengan penglibatan pelajar dalam Bengkel Pembelajaran STEM melalui Coding SAM Labs. Satu set SAM Labs Maker kit telah disumbangkan oleh pihak Cybertech kepada IPGK Darulaman serta kerjasama kepakaran dari fasilitator Cybertech iaitu En. Khairuddin bin Ahmad dan En Akhimullah bin Razali. Pelajar-pelajar elektif sains, matematik dan RBT telah didedahkan dengan penggunaan kit seterusnya pembinaan produk inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. SAM Labs berupaya menyediakan ransangan   pembelajaran STEM melalui asas sains komputer (Pengekodan dan Pengaturcaraan). Dengan adanya rancangan pembelajaran (Lesson plan)  berasaskan STEM beserta sokongan dan panduan berstruktur secara “hands-on”,  bengkel ini berjaya memberi  sokongan kemahiran dalam bilik darjah untuk bakal guru. Pihak IPGKDa mengalu-alukan kolaborasi intelek seumpama ini.