IPG Kampus Darulaman, Jitra Kedah – 09-10 Mac 2023. Jabatan STEM IPGK Darulaman telah menganjurkan Bengkel Aplikasi Mikrobit kepada 48 orang pelajar elektif RBT ambilan Jun 2021 yang akan mengikuti amalan profesional praktikum pada Ogos 2023 nanti. Bengkel ini  bertujuan untuk memberi pendedahan hands on dan perkongsian ilmu berkaitan topik pengaturcaraan microbit dalam silibus RBT di sekolah rendah. Topik pengaturcaraan microbit ini merupakan topik baru dalam DSKP KSSR RBT (Semakan 2021). Selama dua hari bengkel, peserta diberi input tentang fungsi mikrobit melalui alat mikrobit yang dibekalkan. Peserta mencuba pelbagai pengaturcaraan dengan bimbingan penceramah dan fasilitator. Guru pelatih diberi peluang merangka dan mengaturcara robot pengesan gegaran gempa bumi. Hasil pembentangan pengaturcaraan robot mini mempamerkan guru pelatih telah mencapai objektif bengkel ini iaitu memantapkan pengetahuan pelajar RBT IPGKDA tentang aplikasi microbit, khasnya sebagai persediaan kepada pelajar untuk mengajar topik ini semasa menjalani praktikum. Setinggi penghargaan kepada jurulatih utama En. Mohd Sahafudin bin Zakaria dan Ts. Dr. Ros Eliana binti Ahmad Zuki dari unit RBT, pegawai pengurusan dari unit praktikum, Pn. Nuruliswa binti Abdullah dan pensyarah Jabatan STEM lain yang membantu.