Pameran Galeri Seni di Pusat Sumber IPG Kampus Darulaman. Seramai 5 orang pensyarah major Seni Visual dan 25 orang pelajar major Pendidikan Seni Visual ambilan Jun 2022 terlibat dalam menyusun atur karya seni dalam pameran berkenaan. Persediaan bagi pameran tersebut diadakan bersempena dengan kehadiran Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam Program Bicara Profesional pada 29 Mac 2023 (Rabu). Pameran karya seni tersebut masih berlangsung sehingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Dalam menyiapkan pameran ini, kesemua pelajar seni visual tersebut telah diberi peluang untuk melakukan proses apresiasi karya dibimbing oleh Ketua Kurator, Dr. Hjh Khalijah binti Ahmad.