Hotel Everly, Putra Jaya – 25 Februari 2023 (Sabtu). Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan IEG Campus telah menganjurkan majlis penutup Program Peneraju Tunas Bridge Karisma IPGM 2022 ( Kohort 2) setelah lebih setahun program TUNAS BRIDGE KARISMA dilaksanakan dengan melibatkan lima IPG kampus yang terpilih. Dalam majlis ini kumpulan pelajar yang terpilih sebagai pemenang Yayasan Peneraju STEM Challenge 2022/2023 diraikan. IPGK Darulaman telah muncul sebagai IPGK kedua terbaik dan berjaya membawa pulang satu pingat emas dan satu pingat perak serta wang tunai berjumlah RM1000.  Sekalung tahniah juga kepada penyelaras peneraju IPGK darulaman, Dr. Rusmawati binti Othman dan Dr. Sumaiyah binti Abd Rahman serta Ketua Jabatan HEP, En. Yusainy bin Azizan.  Dengan kemenangan ini dapat melonjakkan lagi semangat guru pelatih dari pasukan peneraju untuk terus menyumbang kepada warga pendidikan setempat sebagai trainer.