Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak  -  Seramai 39 pelajar Pendidikan Khas PISMP Ambilan Jun 2022 bersama dengan 7 pensyarah dari Jabatan Pendidikan Khas (JPK) IPGK Darulaman, Kedah telah menyertai bengkel Pengurusan Rehabilitasi pada 26 dan 27 September 2023 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Tujuan utama bengkel ini ialah untuk memberi kemahiran dan mengenal pasti kemudahan fasiliti yang bersesuaian untuk murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) serta melatih peserta bengkel dalam pengurusan rehabilitasi MBPK. Semua pelajar telah berjaya mengikuti Bengkel Terapi Cara Kerja yang dikendalikan oleh Dr Nurbieta binti Abdul Aziz dan Bengkel Terapi Pertuturan yang dikendalikan oleh Dr Siti Rokiah binti Abdul Razak. Selain bengkel, para peserta juga berpeluang melawat ke makmal-makmal Pendidikan Khas milik Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI.

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra-24 September 2023 (Ahad) diadakan satu majlis meraikan persaraan Pengarah DR Mohamad Fadzil Che Amat yang bersara wajib pada 29 September 2023. Warga IPG Kampus Darulaman mengucapkan "SELAMAT BERSARA KEPADA PENGARAH IPGKDA DR MOHAMAD FADZIL CHE AMAT". 


 


Bengkel Pemantapan Kefahaman DSKP Pendidikan Islam telah diadakan pada 8 Ogos 2023 di bilik Kenanga, BTPN, Negeri Kedah anjuran Unit Al-Quran & Sunnah, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Darulaman. Seramai 24 orang peserta telah mengambil bahagian dan dibantu oleh 3 orang fasilitator. En Akmal bin Ahmad dan Puan Yasrina binti Yaakob dari PPD Kubang Pasu dan Puan Nor Ainon Jamaliah binti Mohamad Shah dari SK Bandar Baru Sintok. Para peserta telah didedahkan tentang pemantapan amalan terbaik bagi amalan profesional memahami Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)- Pengurusan dan Amalan Pengajaran. Penyelaras bertugas ialah En. Mohamad Hafedz bin Salleh. Tahniah semua.

Jabatan Sains Sosial IPGK Darulaman menganjurkan program Wacana Utara yang bertajuk "Kepemudaan, Gelora Cinta Dalam Kemerdekaan"

Tarikh : 14 September 2023

Hari : Khamis

Tempat : Anjung Bicara Ilmu, Pusat Sumber IPGKDA

Pembicara : Tuan Muhamad Hanapi bin Jamaludin, Pengasas Benevolent Malaysia

Sasaran: Semua Pelajar PPISMP Jun 2023, PISMP Jun 2021, terbuka kepada semua pelajar, pensyarah dan kakitangan IPGKDA

E-Sijil Penyertaan disediakan dan kehadiran direkodkan dalam SPLKPM. 

Dilce'2023- Jabatan Pendidikan Khas, IPGK Darulaman Kedah menunjukkan kecemerlangannya dalam meraih tiga pingat emas dalam pertandingan inovasi di Darulaman International Innovation, Competition and Exhibition 2023 (Dilce' 2023) yang berlangsung pada 10-11 Julai 2023. Selain pingat emas, 2 pingat perak dan 3 pingat special award turut berjaya dimenangi. Tahniah kepada semua pelajar dan pensyarah pembimbing JPK yang berjaya memungut pingat dalam Dilce'23. Semoga JPK terus cemerlang dan kekal cemerlang pada masa akan datang.