Pada 7 Jun hingga 23 Jun 2024, satu program pertukaran pelajar telah dijalankan antara Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman dan IPG Kampus Batu Lintang. Program ini melibatkan seramai 20 orang pelajar PISMP ambilan Jun 2021/2026 dari kedua-dua kampus. Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 2 di sekolah-sekolah sekitar Sarawak dan Kedah. Melalui program ini, pelajar dapat menimba pengalaman berharga dalam suasana pembelajaran yang berbeza serta memahami budaya dan kaedah pengajaran yang berbeza di kedua-dua negeri.

Program pertukaran pelajar antara IPG Kampus Darulaman dan IPG Kampus Batu Lintang ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Program ini tidak hanya memperkaya pengalaman akademik pelajar, tetapi juga mengeratkan hubungan antara kedua-dua institusi pendidikan guru ini. Diharapkan program seperti ini akan terus dianjurkan pada masa hadapan untuk manfaat yang lebih besar kepada pelajar dan institusi.

Gambar-gambar aktiviti lanjut boleh diikuti di Laman Facebook Rasmi IPG KAmpus Darulaman

Pada 11 Jun 2024, satu program kolaborasi eksekutif antara Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Ilmu Khas dan IPGM Kampus Darul Aman telah diadakan. Program ini dianjurkan oleh urusetia dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPGM Kampus Darul Aman.  Acara yang bermula pada pukul 8:30 pagi dan berakhir pada 1 tengah hari ini telah diadakan di Pusat Sumber IPGM Kampus Darul Aman. Program ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua kampus serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pendidikan.

Tahniah diucapkan kepada Ahmad Abid Bin Mohd Radzi dari PPISMP PAI 1 atas kejayaan cemerlang mendapat Johan Hafazan (30 Juzu') dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Institut Pendidikan Tinggi 2024. Majlis tersebut telah diadakan pada 11 & 12 Jun 2024 bertempat di UNISZA.

Pencapaian ini amat membanggakan dan menjadi inspirasi kepada semua. Semoga kejayaan ini akan terus menyemarakkan semangat anda dalam menghafaz dan memahami Al-Quran.

Syabas dan tahniah sekali lagi!

 

Pengarah dan Timbalan Pengarah serta seluruh warga kampus mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pelajar beragama Islam dan juga seluruh umat Islam. Semoga kita semua diberkati dengan keberanian dan keikhlasan Nabi Ibrahim A.S. dalam setiap pengorbanan yang kita lakukan. Mari kita raikan hari yang mulia ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir dan Batin.