Muat turun di sini.

Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Sham, Jitra- 06 Julai 2023 (Khamis) Sebanyak 12 Kumpulan telah menyertai Pertandingan Inovasi Icompex 2023 yang berlangsung selama tiga hari. Pertandingan peringkat antarabangsa itu disertai oleh pelbagai institusi pengajian dan juga pekerja industri. IPGKDA telah mencipta sejarah dengan memenangi 4 Pingat Emas 6 Pingat Perak dan 2 Pingat Gangsa. Selain projek inovasi IPGKDA juga menyertai pertandingan TVET Idea dengan projek bertajuk Happy Cut. Jutaan penghargaan diucapkan kepada Dr Mohamad Fadzil bin Che Amat, Pengarah IPG Kampus Darulaman dan Dr Wan Fadzli bin Wan Haron, Timbalan Pengarah kerana telah memberi sokongan penuh kepada semua pasukan. Terima Kasih juga kepada Jabatan Perancangan, Pengelidikan dan Inovasi IPGKDA kerana telah memberi bantuan dan sokongan kepada semua peserta sehingga mencipta kejayaan.
Tahniah kepada semua pelajar dan pensyarah kerana telah bertungkus lumus, Semoga terus berjaya di masa hadapan.

Pautan gambar-gambar kejayaan pelajar dan pensyarah penasihat. 






















Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (P3PK) , Perlis - 14 Jun 2023 (Rabu). Satu lawatan penanda aras yang diketuai oleh Ketua Jabatan Pendidikan Khas, En. Shamsul Rizal Bin Khalil bersama  barisan pensyarah Jabatan Pendidikan Khas telah dilakukan bertujuan untuk meninjau dan mendapatkan maklumat berkaitan dengan keperluan peralatan bagi proses penyediaan Makmal Pembelajaran Pendidikan Khas di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah.
 Lawatan tersebut telah mendapat sambutan yang baik daripada pihak Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas, Perlis di mana En. Rithauddin bin Abdul Rahim selaku Penolong Pengarah dan pegawai intervensi telah memberi taklimat berkaitan proses penubuhan makmal. Selain itu, lawatan ke bilik-bilik khas turut dilakukan dan diberi penerangan yang jelas oleh para pegawai di situ tentang keperluan dn fungsi bilik-bilik khas di P3PK Perlis. Diharapkan lawatan penanda aras ni dapat memudahkan Jabatan Pendidikan Khas dalam urusan menubuhkan Makmal Pembelajaran Pendidikan Khas di kampus IPGKDA.