IPGKDA - 22 Februari 2021, telah menerima satu pasukan dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (FTKM)-UniMAP. Lawatan ini bertujuan untuk perbincangan dan melihat tapak di Pusat Sumber IPGKDA bagi menempatkan Lightboad Studio. DyCos@FTKM merupakan sekumpulan penyelidik di Universiti Malaysia Perlis telah membangunkan DIY Lightboard Studio bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian sepanjang tempoh pandermik COVID19. Pihak DyCos@FTKM telah ditawarkan geran 'University Social Responsibility (USR)' bagi membangunkan Lightboard Studio ini di dalam komuniti. Salah sebuah institusi pendidikan yang terpilih adalah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah. Beberapa siri perbincangan dan lawatan telah berlangsung dan kedua-dua pihak secara dasarnya telah bersetuju untuk bekerjasama dalam membangunkan studio ini.