Pada 27 Mei 2025,Jawatankuasa Pelaksana Akreditasi KKM di bawah Sekretariat Jaminan Kualiti & Pematuhan Polisis (SJKPP) IPG Kampus Darulaman telah menganjurkan program Sinergi Akreditasi MQA: Menelusuri Kecemerlangan UUM yang berlangsung di Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi (PPQA), Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah. Program lawatan ini diketuai oleh Dr. Wan Fadzli bin Wan Haron, Pengarah IPGK Darulaman dan disertai oleh Dr. Hjh Amani bt Dahaman, Timbalan Pengarah IPGK Darulaman bersama-sama 27 orang ahli Jawatankuasa Pelaksana Akreditasi KKM telah terlibat dalam program ini .
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung berkaitan proses akreditasi MQA serta berkongsi amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh pihak UUM. Antara pengisian utama ialah taklimat pengenalan, pembentangan pengalaman akreditasi, lawatan ke fakulti dan unit jaminan kualiti, serta sesi perbincangan bersama pihak UUM.
Hasil daripada lawatan ini, para peserta memperoleh pemahaman yang lebih mendalam mengenai strategi pengurusan dokumen dan evidens standard MQA, di samping membina jaringan profesional antara institusi. Program ini juga telah memberi impak positif dalam meningkatkan kesiapsiagaan IPG Kampus Darulaman menghadapi audit akreditasi pada masa akan datang.