IPGK Darulaman, Jitra – 4 Januari 2022 (Selasa). Satu permulaan yang baik  tahun 2022 bagi Jabatan Sains dan Matematik sebagai  tonggak melestarikan pendidikan STEM dan alam sekitar. Pelbagai aktiviti outdoor telah dijalankan sebagai pengisian Kursus Elektif Terbuka LASS3013, Pendidikan Lestari Alam Sekitar termasuk kempen kitar semula, pameran produk inovasi 3R, larian eko dan khidmat masyarakat kemandirian tuntung. Guru pelatih juga telah mengaplikasikan pembelajaran digital dengan melaporkan aktiviti dalam google sites dan canva. Selari dgn matlamat pembelajaran IR4.0, Learning Partnership telah dibudayakan melalui perkongsian aktiviti dengan warga global, Program Consultation with Youth (Asia-Pacific Region) on Global Citizenship Education in a Digital World. Sharran Loganadzan, pelajar PISMP Jun 2018 Sejarah SEM 8 bertindak sebagai wakil IPGK Darulaman dalam webinar antarabangsa tersebut.









IPGKDA – (4-7) APRIL 2021, Jabatan Sains dan Matematik telah melancarkan Minggu STEM sebagai menyokong aktiviti Minggu Sains Negara 2021. Program dirancang dengan melibatkan pensyarah dalam pelbagai disiplin mata pelajaran untuk mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran dalam  amalan terbaik STEM seperti Integrasi disiplin sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik, membina dan mereka cipta produk berasaskan prinsip rentas disiplin STEM dan pemikiran computational, menjajarkan aktiviti STEM dan “Big idea’ DSKP mengikut konsep PoPBL. Fasilitator yang terlibat dalam bengkel kerja ini adalah Dr. Hjh Amani binti Abdullah Mubarak, Tn Hj. Dzulfadzli bin Othman, Dr. Hashiroh binti Hussain, Pn. Hjh Saruvari binti Badru Duja Khan, Dr. Rusmawati binti Othman, En. Tajul Ashikin bin Hashim, En. Mohd Sahafudin bin Zakaria dan Ts. Dr. Aizul Fared bin Mansor.

Program diteruskan dengan penglibatan pelajar dalam Bengkel Pembelajaran STEM melalui Coding SAM Labs. Satu set SAM Labs Maker kit telah disumbangkan oleh pihak Cybertech kepada IPGK Darulaman serta kerjasama kepakaran dari fasilitator Cybertech iaitu En. Khairuddin bin Ahmad dan En Akhimullah bin Razali. Pelajar-pelajar elektif sains, matematik dan RBT telah didedahkan dengan penggunaan kit seterusnya pembinaan produk inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. SAM Labs berupaya menyediakan ransangan   pembelajaran STEM melalui asas sains komputer (Pengekodan dan Pengaturcaraan). Dengan adanya rancangan pembelajaran (Lesson plan)  berasaskan STEM beserta sokongan dan panduan berstruktur secara “hands-on”,  bengkel ini berjaya memberi  sokongan kemahiran dalam bilik darjah untuk bakal guru. Pihak IPGKDa mengalu-alukan kolaborasi intelek seumpama ini.

31 Januari 2021 (Ahad). Sekali lagi pelajar IPG Kampus Darulaman menjalani pembelajaran dalam talian bagi semester baharu 2021. Di kesempatan ini,  Jabatan Sains dan Matematik mengalu-alukan kehadiran pelajar Program Sains dan Matematik Major dan Elektif kembali semula ke IPGK Da. Untuk PKP fasa 2.0, pensyarah Jabatan Sains dan Matematik meneroka tools yang lebih interaktif supaya pelajar bersama-sama guru dapat melaksanakan pembelajaran koperatif yang lebih energetik walau pun limitasi PdPR dalam talian. 

 



Gambar menunjukkan keterujaan pelajar PPISMP Semester 2 dalam kursus Statistik Asas. Dr. Hjh Nor Hayati binti Hj. Mt. Ali, pensyarah cemerlang JSM menggabungkan platform Google Meet dan Aplikasi Virtual Collaborative Whiteboard.

IPGKDA–7 Februari 2021 (Ahad), fasilitator STEM-CT-ROBOTIK IPGKDA telah bermesyuarat (Google Meet) untuk pelarasan aktiviti  dan pemantapan kemahiran CPD tahun 2021. Sasaran aktiviti, antaranya adalah pemantapan kemahiran jurulatih sendiri sebagai “21st Century Learners” dan pada masa yang sama menyumbang kepada IPG dan pelajar dalam aktiviti CPD, Inovasi dan penyelidikan. Jalinan dan jaringan kerjasama STEM-CT-ROBOTIK IPGKDA  dengan institusi pendidikan lain juga akan diwar-warkan. Antara aktiviti yang telah diusahakan tahun 2021 adalah penyertaan enam pasukan kumpulan pelajar dalam penulisan esei bertemakan “How To Rebuild A Better World Post Covid-19” dalam Young Inventors Journal. Dibimbing oleh Dr Rusmawati dan Ts. Dr. Aizul Fared. Untuk robotik, En. Tajul Ashikin dan En. Mohd Sahafudin sedang melatih dua pasukan pelajar untuk Pertandingan Inovasi Robotik Norma Baharu Peringkat Kebangsaan 2021. Pasukan STEM-CT-ROBOTIK juga bersama-sama Program Transformasi Pendidikan memberi input “Pengenalan STEM dan Aplikasi CT dalam Penganjuran Karnival STEM di sekolah” kepada pelajar semester 6 yang akan menjalani praktikum.

Fasilitator STEM-CT-ROBOTIK IPGKDA dibarisi oleh Dr Rusmawati Binti Othman, En. Dzulfazli Bin Othman,  Pn Hjh. Saruvari Binti Badru Duja Khan, Dr. Hashiroh Binti Hussain, En. Tajul Ashikin Bin Hashim, Ts. Dr. Aizul Fared Bin Mansor, Dr. Ang Chai Tin, Pn.Suhartina Bt. Md. Yusop,  En. Mohd Sahafudin Bin Zakaria,   En. Zainal Abidin Bin Saad, En. Abdul Satar Bin Hamzah, Pn. Haslina Binti Japri, En. Mohd Hafni Bin Abd. Halim, En. Mohd Shahrizad Bin Ghozali dan Pn. Noorazura Binti Mohd Makhtar.

UniMAP, Perlis – 12 Januari 2021 (Selasa). Satu kunjungan pensyarah STEM Jabatan Teknologi Pendidikan, Jabatan Sains dan Matematik, Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi serta Unit Rekabentuk dan Teknologi ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (FTKM), Kampus Tetap UniMAP, Arau Perlis telah menyaksikan satu jaringan sinergi dalam penyelidikan pembelajaran digital dibina antara dua kampus. Dalam sesi demonstrasi ini penyelidik juga pensyarah UniMAP telah memperkenalkan rekacipta Lightboard hasil koordinasi teknologi  google meet, power point dan menunjuk cara secara hands on  pengajaran pensyarah pada skrin lighboard. Perkongsian inovasi pembelajaran digital ini menjadi satu titik mula kerjasama penyelidikan digital IPGK Darulaman dan UniMAP pada tahun 2021.